TERAS utama ARMANSUR adalah perniagaan berasaskan penddikan. Jadi, ARMANSUR
sama sahaja dengan perniagaan berasaskan pendidikan yang lain. Cuma bezanya,
ARMANSUR mengutamakan 'padat dan tepat'. Ilmu-ilmu pendidikan 'dipadatkan' dan
disampaikan dengan tepat kepada yang memerlukan. Hanya yang tepat dan diperlukan
sahaja. Contohnya, ilmu perniagaan yang diajar di universiti sehingga 4 tahun
itu dipadatkan menjadi 4 hari sahaja. Hanya yang penting dan tepat sahaja
dipadatkan, jadi ia dapat disampaikan dalam masa yang singkat.
Bukan itu sahaja. Hanya ilmu yang boleh digunakan untuk menangani hidup sahaja
akan disediakan oleh ARMANSUR. Bukankah itu sebenarnya fungs ilmu? Supaya boleh
digunakan untuk menangani hidup di dunia dan akhirat?
Selain pendidikan, ARMANSUR bercadang merangkumi pelbagai perniagaan yang telah dikenal pasti boleh dijayakan dengan cemerlang. Setiap bisnes diuruskan oleh sekumpulan pengurus yang terlatih dengan membawa satu matlamat iaitu kejayaan bersama. Jenis perniagaan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut kemampuan, kekuatan, pengurusan dan kewangan.
Akademi Armansur
INILAH teras utama bisnes ARMANSUR. Pendidikan bagi yang memerlukan disalurkan melalui kursus, seminar, kelas khusus. Akademi Armansur memastikan ia adalah benar-benar ilmu yang boleh digunakan untuk menangani hidup, bukan 'motivasi' dan hype. Impak diutamakan!Ketahui Seterusnya >>
