| Akademi Armansur
ditubuhkan untuk memenuhi keperluan yang semakin mendadak. Pendidikan
adalah keperluan mendadak dan sentiasa diperlukan sepanjang hayat.
Akademi Armansur bukan mengajar akademik sebaliknya ilmu dan kemhiran
yang boleh digunakan untuk hidup. Sijil bukan keutamaan di Akademi
Armansur sebaliknya ilmu dan kemahiran yang diperolehi lebih utama dari
sijil.
Sebagai contohnya: Sekolah Bisnes dan Pengurusan di dalam Akademi
Armansur mengajar intipati bisnes selama 4 -- 7 hari berbanding 4 tahun
belajar teori di universiti. Soalan yang paling penting di sini, bolehkah
ilmu yang diperoleh dari Akademi Armansur digunakan untuk menguruskan
bisnes?
Antara kursus yang dianjurkan oleh Akademi Armansur ialah:
1. Memulakan bisnes
2. Menguruskan bisnes
3. Memasarkan produk
4. Meningkatkan keuntungan
5. Produktiviti
6. Membina Kerjasama
Untuk individu dan korporat pula, antaranya:
1. Revolusi Diri
2. Pengurusan Masa
3. Produktiviti
Sementara itu untuk murid sekolah dan remaja:
1. Membina peribadi mulia melalui solat
1. Bina Keyakinan Diri
2. Konsentrasi dan Fokus
3. Baca Pantas
4. Kira Pantas
Nota: kursus dan seminar akan ditambah dari semasa ke semasa.
PERANCANGAN MASA DEPAN
Antara perancangan Akademi Armansur ialah menyediakan kampus sendiri
seluas lingkungan 10 ekar di kawasan Negeri Selangor sama ada di kawasan
berbukit atau tepi laut.
Kampus ini adalah berbeza dengan 'pusat latihan' yang banyak di pasaran
di mana hampir keseluruhannya adalah 'streotaip' dan hanya menganjurkan 'motivasi'.
Nota: Tidak ada "Seminar Motivasi' atau seumpamanya di dalam
AKADEMI ARMANSUR
|