|
RAKAN KONGSI diperlukan untuk
menjayakan apa yang dicita-citakan. Tidak ada manusia yang boleh hidup
sendirian kerana itu rakan kongsi diperlukan supaya saling melengkapi.
Sama-sama mengusahakan dan
akhirnya sama-sama berjaya. Matlamat kita ialah kejayaan bersama dan
semoga semakin ramai yang dapat turut sama merasai hasil dari usaha kita.
Kita dianggap gagal jika usaha kita hanya untuk kepentingan sendiri.
Mengikut rekod masa lalu,
dengan mengamalkan perkongsian, saling melengkapi dengan harmoni akan
membawa kepada kejayaan dalam apa saja bidang terutama dalam bisnes.
Jika anda atau syarikat anda
mahu turut sama menyertai dan menjadi rakan kongsi Armansur.com atau salah
satu anak syarikat, kami sangat mengalu-alukan. Dengan penyertaan anda itu,
kami yakin, apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan!
Menjadi rakan kongsi bukan
sekadar mempunyai wang sahaja. Tidak semestinya mempunyai wang membolehkan
menjadi rakan kongsi. Yang paling diutamakan ialah kebolehan, ilmu dan
pegangan agama yang kuat supaya kita tidak tergelincir disebabkan oleh
bisnes.
Pada bila-bila masa anda telah
bersedia, kami sangat mengalu-alukan. Mungkinkah anda orang yang kami
cari-cari selama ini.
Hubungi
kami
|