RAKAN KONGSI atau RAKAN KERJASAMA diperlukan untuk menjayakan apa yang dicita-citakan. Tidak ada manusia yang boleh hidup sendirian kerana itu RAKAN KERJASAMA diperlukan supaya saling melengkapi.

Sama-sama mengusahakan dan akhirnya sama-sama berjaya. Matlamat kita ialah kejayaan bersama dan semoga semakin ramai yang dapat turut sama merasai hasil dari usaha kita. Kita dianggap gagal jika usaha kita hanya untuk kepentingan sendiri.

Mengikut rekod masa lalu, dengan mengamalkan perkongsian, saling melengkapi dengan harmoni akan membawa kepada kejayaan dalam apa saja bidang terutama dalam bisnes.

Jika anda atau syarikat anda mahu turut sama menyertai dan menjadi rakan kerjasama Armansur.com atau salah satu anak syarikat, kami sangat mengalu-alukan. Dengan penyertaan anda itu, kami yakin, apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan!

Menjadi rakan kongsi bukan sekadar mempunyai wang sahaja. Tidak semestinya mempunyai wang membolehkan menjadi rakan kongsi. Yang paling diutamakan ialah kebolehan, ilmu dan pegangan agama yang kuat supaya kita tidak tergelincir disebabkan oleh bisnes.

Pada bila-bila masa anda telah bersedia, kami sangat mengalu-alukan. Mungkinkah anda orang yang kami cari-cari selama ini.

Hubungi kami