Apa dan Bagaimana

Assalamualaikum anda yang dihormati. Web Armansur.com ini adalah untuk menjemput anda turut sama dalam bisnes Armansur.com yang suatu hari nanti akan menjadi Armansur.com Berhad.

Tujuan utama Armansur.com membuka pintu perkongsian (jika masih kosong lagi) adalah untuk sama-sama bergerak memajukan bisnes yang mana akhirnya sebahagian dari keuntungan akan dikembalikan semula kepada masyarakat yang memerlukan.

Tidak ada individualistik di dalam Armansur.com — kita bersama, kita berjaya.

Misi bisnes Armansur.com adalah:

  1. Supaya semakin ramai yang menyerlahkan kebolehan mereka menguruskan bisnes,
  2. Supaya hasil bisnes dapat dinikmati bersama oleh seramai mungkin manusia,
  3. Supaya menjadi pembayar zakat yang yang terbanyak!

Mari bersama KITA BERUSAHA, KITA BERJAYA supaya tercapai impian kita bersama!

Keutamaan

Teras utama ARMANSUR adalah perniagaan berasaskan penddikan. Jadi, ARMANSUR sama sahaja dengan perniagaan berasaskan pendidikan yang lain. Cuma bezanya, ARMANSUR mengutamakan ‘padat dan tepat’. Ilmu-ilmu pendidikan ‘dipadatkan’ dan disampaikan dengan tepat kepada yang memerlukan. Hanya yang tepat dan diperlukan sahaja. Contohnya, ilmu perniagaan yang diajar di universiti sehingga 4 tahun itu dipadatkan menjadi 4 hari sahaja. Hanya yang penting dan tepat sahaja dipadatkan, jadi ia dapat disampaikan dalam masa yang singkat.

Bukan itu sahaja. Hanya ilmu yang boleh digunakan untuk menangani hidup sahaja akan disediakan oleh ARMANSUR. Bukankah itu sebenarnya fungs ilmu? Supaya boleh digunakan untuk menangani hidup di dunia dan akhirat?

Selain pendidikan, ARMANSUR bercadang merangkumi pelbagai perniagaan yang telah dikenal pasti boleh dijayakan dengan cemerlang. Setiap bisnes diuruskan oleh sekumpulan pengurus yang terlatih dengan membawa satu matlamat iaitu kejayaan bersama. Jenis perniagaan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut kemampuan, kekuatan, pengurusan dan kewangan.

Akademi Armansur

Akademi Armansur ditubuhkan untuk memenuhi keperluan yang semakin mendadak. Pendidikan adalah keperluan mendadak dan sentiasa diperlukan sepanjang hayat.

Akademi Armansur bukan mengajar akademik sebaliknya ilmu dan kemhiran yang boleh digunakan untuk hidup. Sijil bukan keutamaan di Akademi Armansur sebaliknya ilmu dan kemahiran yang diperolehi lebih utama dari sijil.

Sebagai contohnya: Sekolah Bisnes dan Pengurusan di dalam Akademi Armansur mengajar intipati bisnes selama 4 — 7 hari berbanding 4 tahun belajar teori di universiti. Soalan yang paling penting di sini, bolehkah ilmu yang diperoleh dari Akademi Armansur digunakan untuk menguruskan bisnes?

Antara kursus yang dianjurkan oleh Akademi Armansur ialah:

  1. Memulakan bisnes
  2. Menguruskan bisnes
  3. Memasarkan produk
  4. Meningkatkan keuntungan
  5. Produktiviti
  6. Membina Kerjasama

Untuk individu dan korporat pula, antaranya:

  1. Revolusi Diri
  2. Pengurusan Masa
  3. Produktiviti

Sementara itu untuk murid sekolah dan remaja:

  1. Membina peribadi mulia melalui solat
  2. Bina Keyakinan Diri
  3. Konsentrasi dan Fokus
  4. Baca Pantas
  5. Kira Pantas

Nota: kursus dan seminar akan ditambah dari semasa ke semasa.

PERANCANGAN MASA DEPAN

Antara perancangan Akademi Armansur ialah menyediakan kampus sendiri seluas lingkungan 10 ekar di kawasan Negeri Selangor sama ada di kawasan berbukit atau tepi laut.

Kampus ini adalah berbeza dengan ‘pusat latihan’ yang banyak di pasaran di mana hampir keseluruhannya adalah ‘streotaip’ dan hanya menganjurkan ‘motivasi’.

Nota: Tidak ada “Seminar Motivasi’ atau seumpamanya di dalam AKADEMI ARMANSUR

Armansur Wellness

ARMANSUR WELLNESS mengilang dan memasarkan produk berasaskan herba. Namun ARMANSUR WELLNESS tidak mempunyai kilang sendiri sebaliknya menggunakan “outsource” supaya dapat menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan dan pemasaran produk.

Produk keluaran ARMANSUR WELLNESS adalah merangkumi produk kesihatan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak berasaskan herba khazanah dari hutan Malaysia.

Walaupun produk herba dikatakan sudah setua sejarah namun nilai bisnes dan pasaran untuk herba semakin meningkat dan mencecah billion ringgit.

Pada masa hadapan, ARMANSUR WELLNESS akan mengembangkan bisnes merangkumi:

  1. Rangkaian “klinik” rawatan alternatif — menyediakan rawatan seperti bekam, mandi wap herba, refleksologi, hidroterapi, urut tradisional.
  2. Rangkaian gedung herba terpilih di seluruh Malaysia. Hanya herba pilihan sahaja yang dijual.
  3. Mengedarkan produk-produk keluaran syarikat lain secara jualan langsung.

Mari Bekerjasama

Tak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kerjasama.

RAKAN KONGSI atau RAKAN KERJASAMA diperlukan untuk menjayakan apa yang dicita-citakan. Tidak ada manusia yang boleh hidup sendirian kerana itu RAKAN KERJASAMA diperlukan supaya saling melengkapi.

Sama-sama mengusahakan dan akhirnya sama-sama berjaya. Matlamat kita ialah kejayaan bersama dan semoga semakin ramai yang dapat turut sama merasai hasil dari usaha kita. Kita dianggap gagal jika usaha kita hanya untuk kepentingan sendiri.

Mengikut rekod masa lalu, dengan mengamalkan perkongsian, saling melengkapi dengan harmoni akan membawa kepada kejayaan dalam apa saja bidang terutama dalam bisnes.

Jika anda atau syarikat anda mahu turut sama menyertai dan menjadi rakan kerjasama Armansur.com atau salah satu anak syarikat, kami sangat mengalu-alukan. Dengan penyertaan anda itu, kami yakin, apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan!

Menjadi rakan kongsi bukan sekadar mempunyai wang sahaja. Tidak semestinya mempunyai wang membolehkan menjadi rakan kongsi. Yang paling diutamakan ialah kebolehan, ilmu dan pegangan agama yang kuat supaya kita tidak tergelincir disebabkan oleh bisnes.

Pada bila-bila masa anda telah bersedia, kami sangat mengalu-alukan. Mungkinkah anda orang yang kami cari-cari selama ini.